Preface

Blog ini menyediakan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran secara maya (virtual learning) khusus untuk pelajar tingkatan 6 SMK Pandan Mewah dalam mata pelajaran Pengajian Am STPM Kertas 1 (900/1) dan Kertas 2 (900/2). Sungguhpun blog ini dibina khas untuk para pelajar tingkatan 6 SMK Pandan Mewah tetapi para pengunjung juga digalakkan melayari blog ini dan menggunakan apa-apa bahan yang terkandung dalam blog ini. Para pengunjung juga digalakkan berkongsi pengalaman dan pengetahuan berkaitan dengan mata pelajaran Pengajian Am untuk merealisasikan pembelajaran secara perkongsian ilmu. Harapan saya blog ini memberikan maklumat yang bermanfaat kepada semua dalam usaha kita mempertingkatkan ilmu pengetahuan sekaligus memperkasakan pembelajaran sepanjang hayat. Sekian, terima kasih.



Tuesday, June 2, 2009

Disiplin Ilmu Pengajian Am Kertas 1

Disiplin ilmu pengajian am kertas 1 adalah lebih jelas berbanding dengan kertas 2. Dalam kertas 1, pelajar akan belajar bagaimana negara kita ditadbir dan diperintah dan apakah bentuk pemerintahan yang diamalkan serta aspek-aspek yang berkait dengannya. Selain itu, pelajar juga perlu mempunyai sedikit kemahiran kira-kira menggunakan pemikiran logik dan mantik dalam bahagian penyelesaian masalah. Untuk memahami disiplin ilmu pengajian am, kita perlulah mengenal pasti apakah kandungan yang terdapat dalam pengajian am kertas 1.


Dalam kertas 1, bidang pengajian am adalah jelas iaitu hanya tertumpu kepada 3 aspek utama iaitu:

1. Kenegaraan Malaysia

1.1. Sistem Pentadbiran
a. Konsep Kenegaraan
b. Perlembagaan
c. Perlembagaan malaysia
d. Sistem Pentadbiran Malaysia
i. Kerajaan Persekutuan
ii. Kerajaan Negeri
iii. Pihak Berkuasa Tempatan
iv. Penyelaras Pentadbiran dan Kewangan

1.2 Sistem Perundangan
a. Perkembangan Undang-Undang Malaysia
b. Badang Perundangan
i. Badan Perundangan Persekutuan
ii. Badan Perundangan Negeri
c. Pindaan Perlembagaan
d. Pilihan Raya

1.3. Sistem Kehakiman
a. Fungsi kehakiman
b. Sistem kehakiman
c. Jenis Mahkamah
d. Atur cara (Prosiding) Mahkamah
e. Perkhidmatan Perundangan
f. Lembaga Pengampunan

(Dalam kertas soalan STPM, bahagian ini merangkumi 25 soalan iaitu kebiasaannya soalan no. 21 hingga soalan no. 45)

2. Dasar Negara

2.1. Dasar Dalam Negara
a. Dasar Ekonomi
b. Dasar Sosial dan Pentadbiran
c. Wawasan 2020

2.2. Dasar Luar Malaysia
a. Faktor Penentuan Dasar Luar
b. Perkembangan Dasar Luar
c. Malaysia dan Negara Serantau (ASEAN)
d. Malaysia dan Badan-Badan Antarabangsa

2.3. Isu Semasa
a. Isu Politik
b. Isu Ekonomi
c. Isu Sosial

(Dalam kertas soalan STPM, bahagian ini merangkumi 20 soalan iaitu kebiasaannya soalan no. 1 hingga no. 20)

3. Penyelesaian Masalah - pelajar perlu banyak membuat latihan sendiri berdasarkan soalan-soalan STPM tahun-tahun lepas atau soalan-soalan latihan;
a. Kuantitatif
b. Kualitatif

(Dalam kertas soalan STPM, bahagian ini merangkumi 15 soalan iaitu kebiasaannya soalan no. 46 hingga no. 60)

No comments: